Nukilan II Dari Pendengar CeriaFM Fuhh_Menyengat!! Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2021 ( Indah Yang Terindah )

 

LAGU : INILAH BARISAN KITA ....song by ROY

(Dedikasi utk  semua perajurit tanahair dan para petugas barisan hadapan yg sedang berjuang membendung penularan wabak covid   19


PUISI : Tanah Airku... Malaysia🇲🇾


Tanah yang berjasa

Ditanam tumbuh melata 

Dituai hasil dikongsi bersama 

Demi tanah yang berjasa 

Biar susah sama digalas 

Biar senang sama dibalas 


Demi tanah air tercinta 

Dahulunya menjadi tebusan

Tergadai terdampar hilang bertuan

Pejuang bangkit menolak habuan

Anak muda sebagai penerus perjuangan


Demi tanah tumpahnya darah

Bukalah mata wahai anak bangsa 

Celikkan minda demi tanah tercinta 

Benar..tanah ini telah merdeka 

Benar.. tanah ini menuju puncak maju jaya


Tetapi andai tiada penabur bakti 

Andai tiada pewaris janji

Musnahlah harapan pejuang tanah ini...

Dimana tinggalnya bangsa kita nanti..


Perjuangan harus diteruskan

Perpaduan harus dikekalkan

Jati diri harus diterapkan 

Untuk pewaris masa depan


Semangat Merdeka, 🇲🇾

Jiwa Merdeka, 🇲🇾

Laungan Merdeka,🇲🇾


TEMA :  Selamat Hari Kemerdekaan

"Malaysia Prihatin"

Tema ini dikekalkan selari dgn keadaan semasa negara yg memerangi pandemik COVID 19...


ERTI KEMERDEKAAN : Bagi generasi baru seperti Indah ...erti merdeka adalah lebih menjurus kepada kehidupan yg aman dan damai ..jiwa yg merdeka....bebas dri belenggu penjajah.

Dan pada masa yg sama juga... kita jangan lupa pada akar budaya dan jati diri bangsa utk membentuk modul insan yg disegani..


KISAH : Pengalaman indah masa hari kemerdekaan mestilah semasa dibangku sekolah..

Walaupun dah lima tahun meninggalkan alam persekolahan..tp kenangan tetap terukir indah terutama  bila indah menang tempat ke2 pertandingan menghias basikal sempena  hari kemerdekaan..

Masa menghias basikal tuu mmg indah excited sgt..bukan sbb nak menang..tetapi lebih kepada semangat merdeka...

Seronok tgk basikal dihiasi dgn jalur gemilang kemegahan negara kita...


Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang ke 64


MERDEKA MERDEKA MERDEKA🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Indah Yang Terindah




Comments