Nukilan Dari Pendengar CeriaFM Fuhh_Menyengat!! Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia 2021 ( Diari Airin )
Lagu : DARAH SATRIA
31 Ogos telah melakar sejarah buat negara kita ..
Malaysia meraikan tarikh keramat ini iaitu Hari Kebangsaan Malaysia
PANTUN : Malaysia Prihatin tema rasmi
Untuk sambutan hari kebangsaan
Pemimpin negara kita sayangi
Membentuk negara menuju wawasan๐บ๐บ ๐บ. ๐บ๐บ๐บ
DEFINISI MERDEKA : Kemerdekaan memberi makna yang berbeza setiap individu
Bagi Ayin ...erti kemerdekaan adalah bebas ..bukan saja bebas dari cengkaman penjajah secara fizikal tetapi bebas dari ancaman penjajahan bentuk baharu terutamanya dalam bentuk budaya dan pemikiran...Dengan rangkaian internet tanpa batasan kita boleh menonton melihat dan membaca apa saja dgn cukup mudah..
Terkadang tanpa disedari ia boleh mempengaruhi tatasusila kehidupan kita ..
Kebebasan tanpa akhlak adalah tidak bermakna dan akhlak tanpa agama tiada gunanya ..
Moga kita dapat menzahirkan kemerdekaan hakiki seperti yang disarankan oleh ajaran agama yang sebenar ...
KISAH : Banyak kenangan indah dlm menyambut hari kemerdekaan..Paling terkesan bila menjelangnya hari kebangsaan....Banyak rumahยฒ dihiasi dgn jalur gemilang dari kecil hingga ke saiz yg besar . Rumah Ayin pon tak terkecuali..Ayinn pernah membantu ayah menggantung jalur gemilang didinding rumah
Entah mcm mana tangga yg Ayin pijak goyang dn terbalik...dgn ayinยฒ sekali berdebuk ke bawah...Nasiblah tak tinggi sgt ..Bendera yg Ayin pegang dah jatuh menutupi Ayin...Kakak terkekek ketawa hingga ibu marah padanya sbb gelakkn Ayin jatuh...Sebenarnya Ayin pon ikut sama gelak bila jatuh... Alhamdulillah tak ada luka apa pun..hanya luka kecil kt telapak tangan..
Bila tiba hari kebangsaan mesti teringat kembali..
Kenangan manis buat Ayin..
PUISI MERDEKA ๐ฒ๐พ
Hari yang bersejarah menjelma
Aku cuba untuk memejamkan mata
Mencari cari layar hitam putih itu
Agar cerita semangat itu terpahat dihati
Merdeka! Merdeka! Merdeka
Sayup kedengaran laungan itu
Sang pemimpin menggengam tekad
Dengan nada kesyukuran
Dengan semangat membara
Ku dengar dan hayati ungkapan kemerdekaan itu yang diulang tujuh kali...
Persoalan diminda berlegar menjelma..
Apakah itu erti kemerdekaan bagi diriku..
Keperitan...kegagalan..dan kesedihan
Bukanlah harga bagi mengapai kemerdekaan
Tetapi ia adalah sebuah pengorbanan
Dari Sang pejuang mempertahankan bumi tercinta
Erti kemerdekaan lebih dari itu..
Setiap kegembiraan..kebahagian dan kepuasan mengibar jalur gemilang..
Adalah tanda sebuah kemerdekaan...
Sebuah kemerdekaan yang harus kau semai
Agar terpupuk untuk pewaris masa hadapan
Menjadi warisan yang kekal selamanya
๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
PANTUN : Daun sireh didalam dulang
Menjadi hantaran majlis beradat
Rakyat dibela pemimpin dijulang
Malaysia merdeka kekal berdaulat
๐บ๐ฒ๐พ๐บ๐ฒ๐พ๐บ๐ฒ๐พ
Terima kasih pahlawan negara ..Begitu besar pengorbananmu..
Gugur di medan perang demi mendaulatkan negara Malaysia tercinta ...
Salam Merdeka ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ
Diari Airin
Comments
Post a Comment