Moderator : Ibu Aliah



*Nama - ALIAH BINTI ALIAS 
*UMUR DAH OTAI
*ASAL - PAHANG DARUL MAKMUR.
*BANGSA - MELAYU 
*AGAMA - ISLAM
* SEORG IBU TUNGGAL & SURI RUMAH
*ANAK YG KE 3 DARI 9 ADIK BERADIK.
*MAKANAN/MINUMAN KEGEMARAN - SEMUA SUKA. BELASAH JE
*MEMPUNYAI 5 ORG ANAK.. 3 LELAKI 2 PEMPUAN..  Cucu 3 org..2 pempuan.seorg lelaki. 
* MENETAP DI JOHOR


** Mula terjebak dgn radio CeriaFM ni pada tahun 2018 setelah diperkenalkan oleh adiknya iaitu Arab. Pada mulanya, hanya mendengar radio CeriaFM gitu2 jer. hehe. Nak dijadikan cerita, apabila DJ Sally Rahman berkonti pada suatu pagi dengan topik "Suami Curang", beliau mendengar dengan khusyuk dan lama2 tertarik dengan radio CeriaFM ni. Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Maka dari situlah bermulanya beliau sebagai seorang pendengar tegar Radio CeriaFM Fuhh Menyengat!!. Selepas itu, beliau menyertai group wasap CeriaFM Fans Club dengan penyertaan beratus2 ahli di dalam group tersebut. Disitulah beliau dapat berkenalan dengan ramai kawan2 CeriaFM dari pelusuk negeri, dari pelbagai tempat. Seorang yg mudah mesra dgn semua orang. Dikenali sebagai seorang yang sangat ceria & periang, kehadiran beliau sangat dinantikan oleh ahli2 CeriaFM fans Club. Masakan tidak, setiap kali beliau berucap@bersuara, pastinya akan menceriakan suasana pada waktu itu.. Ucapan beliau pulak padat, jitu mengalahkan seorang YB. hehe.😁😁 Jadi, tidak hairanlah jika perlantikan beliau sebagai Penghuluwati dalam group tersebut sangat tepat & sesuai. Pastinya suara beliau yg lantang itu sentiasa dinanti & dirindui oleh ramai orang. Di dalam group CeriaFM, beliau lebih dikenali dengan panggilan ibu@ibu Aliah, sesuai dengan watak @karakter beliau yang sangat baik & lemah lembut. Ibu Aliah dilantik menjadi Moderator Radio CeriaFM Fuhh Menyengat!! pada bulan March 2021.




Comments