DJ Qaseh Nur Syah



*Nama Nurkaseh Muhd Lazim 
 *Kerja dan menetap di Kuantan 
 *Lahir di Penang tp membesar di Simpang Renggam Johor 
 *Tagline: kita hepi ajerr..belasah ajakk you 
 *Mula menjinakkan diri & mula berkonti di radio online JKFM 
 
Di awal kemunculan beliau di radio CeriaFM Fuhh Menyengat, beliau seakan tidak percaya kerana bagi beliau, CeriaFM adalah radio internet no. 1 & mempunyai pendengar yang agak ramai. Namun setelah berkali kali berdj di CeriaFM, perasaan gementar beliau lama lama hilang & diganti dengan perasaan suka,ceria & lebih yakin. DJ Qaseh join CeriaFM pada 29 Jan 2021 bersama-sama dengan DJ Usu Syah, pasangan beliau di alam radio & di alam realiti. Bagi DJ Qaseh, penerimaan crews & ahli CeriaFM terhadap dirinya sangat baik & beliau berbesar hati apabila diterima untuk menyertai radio CeriaFM. Ini adalah satu pengalaman berguna untuk beliau & akan terus belajar bagi memantapkan lagi skills beliau dalam dunia penyiaran radio online. Satu perkara lagi tentang DJ Qaseh ni, beliau sangat suka buat kira2 tentang duit. Kalau boleh, tiap tiap hari dia nak kira duit. hehe. Dah nama perempuan kan, memang suka kan duit sebab perempuan kan suka shoping. hehehe. Bermula dengan hanya perasaan suka suka saja je untuk berDJ, namun sekarang berDJ dah bertukar menjadi minat & hobi beliau dah. Oleh sebab itu, apabila beliau ada kelapangan je , beliau akan curi2 masuk berdj bagi menghiburkan rakan rakan pendengar di radio CeriaFM Fuhh Menyengat!!. Begitu komited sungguh beliau terhadap radio CeriaFM ini. Bagi beliau, dengan cara berkonti, beliau dapat mengenali rakan2 pendengar & gelagat2 mereka di alam maya ini.

Comments